Masyarakat mula terbuka hati terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Masyarakat mula terbuka hati terima vaksin Covid-19

PENDUDUK menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di stadium Bicentenario di Santiago, Chile, baru-baru ini. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu tinjauan mengenai tahap keyakinan vaksin di peringkat antarabangsa mendapati penerimaan masyarakat terhadap suntikan vaksin Covid-19 semakin meningkat di seluruh dunia.

Malah, lebih separuh golongan yang mempertikaikan vaksin tersebut turut mengakui sanggup menerima suntikan dos itu jika ditawarkan seawal minggu depan.    

Tinjauan itu juga melaporkan sikap dan keyakinan amat berbeza di 15 buah negara, dengan Perancis menunjukkan tahap keraguan tinggi, negara Asia kurang percaya terhadap vaksin manakala negara Eropah pula menyaksikan peningkatan dalam keyakinan.    

Secara keseluruhannya, tahap keyakinan vaksin adalah lebih tinggi berbanding tinjauan sama yang dijalankan pada November tahun lalu.

Sebelum ini, tinjauan di 15 buah negara dan membabitkan 13,500 orang menunjukkan hanya 40 peratus yang sanggup mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, tinjauan dijalankan bersama YouGov dan Institut Inovasi Kesihatan Global di Imperial College London mendapati penduduk Britain sanggup mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 iaitu merangkumi 78 peratus, diikuti Denmark sebanyak 67 peratus. 

Perancis merekodkan peratusan responden tertinggi yang enggan mendapatkan suntikan vaksin iaitu sebanyak 44 peratus.

Namun, negara itu turut menyaksikan jumlah responden bersetuju mengambil suntikan vaksin meningkat dua kali ganda iaitu 30 peratus berbanding 15 peratus yang dicatatkan pada November tahun lalu.    

Di Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura pula menunjukkan tahap penerimaan vaksin menurun sejak November tahun lalu.

“Vaksin memainkan peranan penting dalam mengawal pandemik. Jadi, para pemimpin harus bertindak segera membantu lebih ramai orang memahami kelebihan vaksin Covid-19 agar memastikan tiada kelompok rakyat yang ketinggalan,” katanya.- REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya