fbpx

Haiwan peliharaan boleh jalani ujian Covid-19

HAIWAN peliharaan yang mempunyai gejala demam, batuk atau sukar bernafas akan ditawarkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mana-mana haiwan peliharaan yang mempunyai gejala demam, batuk atau sukar bernafas akan ditawarkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya pernah terdedah dengan pesakit koronavirus.

Program itu mula mendapat sambutan dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan beberapa minggu selepas negara ini merekodkan kes jangkitan Covid-19 melibatkan haiwan, termasuk anak kucing.

“Bermula hari ini, kerajaan metropolitan Seoul akan menawarkan ujian Covid-19 untuk haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing,” kata pegawai yang mengurusjan kawalan penyakit berjangkit di sini, Park Yoo-mi.

Ujian saringan tersebut akan dijalankan berhampiran kediaman tuan haiwan oleh petugas kesihatan termasuk pakar veterinar.

Selain itu, haiwan peliharaan yang disahkan positif akan dikuarantin di rumah tuan masing-masing selama 14 hari atau dihantar ke pusat perlindungan sementara jika pemilik turut menunjukkan gejala. – AFP

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI