Buaian gantung tertinggi dunia dibuka di Dubai - Utusan Malaysia

Buaian gantung tertinggi dunia dibuka di Dubai

BOLLYWOOD SKYFLYER merupakan buaian gantung tertinggi di dunia. -BOLLYWOOD PARKS DUBAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Bollywood Skyflyer yang terletak di Dubai dinobatkan sebagai buaian gantung tertinggi di dunia dengan memiliki ketinggian 140 meter menyamai ketinggian Great Pyramid di Giza.

Lapor CNN, buaian gantung yang baru dilancarkan minggu lalu di Bollywood Parks Dubai memegang rekod dunia baharu selepas menewaskan Orlando Starflyer di Florida, Amerika Syarikat dengan ketinggian 130 meter.

Pengurus Besar taman tema popular itu, Milton D’Souza berkata, Bollywood Skyflyer mengatasi pemegang rekod sebelum ini dengan kelebihan 10 meter dan binaan itu dibuat dengan 421 tan keluli yang mengambil masa pembinaan selama 600 hari.

Pada 2019, Dubai Parks and Resorts menerima kunjungan seramai 2.6 juta pelancong dari seluruh dunia.

D’Souza berharap, menerusi proses pengubahsuaian taman tema itu menggalakkan lebih ramai pengunjung pada masa depan selari dengan Dubai menjadi destinasi popular pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya