Berbelanja RM254,266 demi McDonald's  - Utusan Malaysia

Berbelanja RM254,266 demi McDonald’s 

DAVID Geyer terlalu obses dengan makanan segera sehingga menjadikan menu hariannya selama dua dekad. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang lelaki di Bergheim, Jerman terlalu obses dengan makanan segera McDonald’s sehingga mampu makan burger hampir setiap hari selama dua dekad. 

Lapor Daily Mail, David Geyer, 32, mula ketagih dengan makanan segera sejak 1997 dan sudah menghabiskan sebanyak 45,000 pound (RM254,266) sepanjang hidupnya. 

David menghabiskan 40,000 pound (RM226,015) terhadap makanan itu sepanjang tahun dan 5,000 pound (RM28,251) membeli cenderamata serta makan 12 set makanan segera setiap minggu. 

Pekebun yang mempunyai tatu simbol burger dan kentang goreng di kakinya itu, turut menghiasi rumahnya dengan tanda nama restoran itu dan senarai menu di ruang tamunya. 

“Mcdonald’s sudah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan saya selama berpuluh tahun. Saya mencacah tatu makanan segera pada badan kerana itu adalah identiti saya. 

“Saya tidak pernah memesan menu yang sama berulang kali kerana akan bosan. Namun, kegemaran saya adalah Big Tasty Bacon dengan kentang goreng,” katanya. 

Sepanjang hidupnya, David sudah menghabiskan sebanyak 4,360 burger tetapi cuba mengelakkan diri daripada mengambil menu Filet O Fish. 

“Saya sentiasa lapar dan inginkan McDonalds. Orang mungkin fikir saya gila. 

“Tetapi ia bukan tentang makanan semata-mata sebaliknya mengenai individu, pekerja dan memori di Mcdonald’s yang menjadikan ia istimewa. Saya sentiasa mengingati kunjungan pertama semasa 1997,” jelasnya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya