49 ikan paus terdampar di pantai New Zealand - Utusan Malaysia

49 ikan paus terdampar di pantai New Zealand

PASUKAN penyelamat berusaha menyelamatkan puluhan ikan paus pilot yang terdampar di Farewell Spit, New Zealand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pasukan penyelamat berusaha untuk menyelamatkan puluhan ikan paus yang terdampar di sepanjang pantai yang terkenal di New Zealand.

Menurut Jabatan Pemuliharaan (DOC), sebanyak 49 ikan paus pilot sirip panjang ditemui pada awal pagi Isnin di Farewell Spit, kira-kira 90 kilometer di bandar Nelson, utara Pulau Selatan.

Jelas DOC, setakat tengahari, sembilan daripada ikan paus tersebut dilaporkan mati.

Lebih 60 orang bertungkus lumus untukm memastikan ikan paus lain terus hidup, dalam usaha untuk membawa semula haiwan itu ke laut ketika air pasang.

“Pasukan perubatan mamalia akan membantu usaha membawa semula ikan paus itu ke laut dan menjaganya dengan memastikan ia sentiasa basah dan sejuk sehingga mampu berenang semula,” jelas jurucakap DOC.

Farewell Spit menjadi lokasi kejadian yang membabitkan sekurang-kurangnya 10 ikan paus pilot terdampar sejak 15 tahun lalu.

Kejadian terbaharu berlaku pada Februari 2017 apabila hampir 700 mamalia laut tersebut terdampar sehingga mengakibatkan 250 haiwan mati. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.