Syarikat farmaseutikal gergasi belum bersedia hadapi pandemik baharu - Utusan Malaysia

Syarikat farmaseutikal gergasi belum bersedia hadapi pandemik baharu

Syarikat farmaseutikal gergasi dunia dilihat kurang bersedia bagi menghadapi pandemik baharu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat farmaseutikal gergasi dunia dilihat kurang bersedia bagi menghadapi pandemik baharu ekoran lonjakan kes Covid-19, amaran daripada laporan badan bebas. 

Lapor The Guardian, Pengarah Eksekutif Akses Yayasan Perubatan Belanda, Jayasree K Iyer menjelaskan, wabak virus Nipah di China dengan kadar kematian mencecah 75 peratus berpotensi menjadi risiko pandemik besar akan datang. 

“Virus Nipah merupakan penyakit berjangkit yang memerlukan perhatian sepenuhnya. Ini kerana, virus nipah boleh merebak lebih dahsyat pada bila-bila masa,” katanya. 

Virus Nipah boleh menyebabkan masalah pernafasan teruk, radang otak, pembengkakan otak dan merekodkan kadar kematian 40 hingga 75 peratus bergantung kepada tempat wabak itu berlaku. 

Wabak yang sudah melanda Bangladesh dan India itu berkemungkinan dikaitkan dengan meminum jus kurma. 

Wabak itu merupakan antara 10 penyakit berjangkit yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai risiko kesihatan awam paling dahsyat dengan kajian mengenainya belum terdapat dalam senarai projek farmaseutikal, seperti laporan Biennial. 

Laporan yayasan itu mengawal 20 syarikat ubat terbesar dan kesediaan perubatan mereka terhadap 82 jenis penyakit terhadap negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Usaha syarikat untuk membangunkan ubat baharu tertumpu kepada sejumlah penyakit termasuk HIV/ AIDS, tuberkulosis, malaria, Covid-19 dan barah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya