Pendaki berkerusi roda daki menara 250 meter - Utusan Malaysia

Pendaki berkerusi roda daki menara 250 meter

LAI Chi Wai mendaki Menara Nina setinggi 250 meter sebagai usaha kebajikan meraih sumbangan orang ramai bagi pesakit tulang belakang di Hong Kong. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Lai Chi Wai menjadi individu pertama di negara ini yang berjaya mendaki bangunan pencakar langit melebihi ketinggian 250 meter sambil diikat di kerusi roda, lapor The Guardian.

Tindakan yang dilakukan oleh pendaki berusia 37 tahun itu dilakukan selama 10 jam pada Sabtu bagi mengumpulkan dana untuk pesakit tulang belakang.

Bagaimanapun, Chi Wai yang lumpuh daripada pinggang ke bawah akibat kemlangan kereta 10 tahun lalu tidak berupaya sampai ke paras 300 meter ketinggian Menara Nina di semenanjung Kowloon itu.

“Saya agak takut. Kalau mendaki gunung, saya boleh memegang batu atau lubang tetapi dengan dinding kaca saya hanya mampu berpaut kepada tali yang menggantungkan saya,” katanya.

Aktiviti pendakian menara itu berjaya meraih sebanyak 5.2 juta dolar Hong Kong (RM2.7 juta).

Sebelum ditimpa kemalangan, Chi Wai merupakan juara pendaki Asia sebanyak empat kali dan pernah menduduki tangga kelapan peringkat dunia.

Walaupun tidak berjaya sampai ke puncak menara tersebut disebabkan faktor keselamatan, Chi Wai berharap mesej pendakian itu sampai kepada masyarakat.

“Segelintir orang tidak memahami kesukaran orang kurang upaya (OKU), ada yang memikirkan kami ini golongan yang lemah, perlukan bantuan, pertolongan, belas ihsan orang.

“Tetapi saya mahu beritahu kepada semua orang, ia bukanlah seperti itu. Jika golongan OKU mampu bersinar, pada masa sama mereka juga mampu membuka peluang, harapan dan masa depan, mereka tidak perlu dilihat sebagai lemah,”jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya