Nahas Sriwijaya: Identiti bayi 11 bulan dikenal pasti - Utusan Malaysia

Nahas Sriwijaya: Identiti bayi 11 bulan dikenal pasti

IDENTITI seorang daripada tiga anak Yaman Zai yang menaiki pesawat Sriwijaya Air sudah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Identiti seorang daripada tiga anak Yaman Zai yang menaiki pesawat Sriwijaya Air bersama ibu mereka sudah dikenal pasti.

Lapor Tribunnews, Fao Nuntinus Zai berusia 11 merupakan anak bongsu Yaman, manakala ibu serta dua kakaknya masih belum dikenal pasti.

Keempat beranak itu dilaporkan menaiki pesawat malang itu untuk berjumpa dengan bapa mereka yang bekerja di Pontianak.

Namun, pesawat tersebut terhempas di Kepulauan Seribu selepas empat minit berlepas.

Terdahulu, kisah Yaman yang meraung di Lapangan Terbang Supadio selepas mendapat tahu pesawat malang itu terhempas meraih simpati pelbagai pihak.

Yaman ketika itu melahirkan harapan isteri serta tiga anaknya selamat biarpun menyedari peratus untuk temukan mangsa masih hidup adalah sangat tipis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya