Mahmoud Abbas umum tarikh pilihan raya Palestin - Utusan Malaysia

Mahmoud Abbas umum tarikh pilihan raya Palestin

PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menyerahkan dekri pilihan raya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat, Hanna Nasser di Tebing Barat, Ramallah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan tarikh untuk mengadakan pilihan raya negara pada tahun ini.

Ia dilihat sebagai pemilihan pertama Palestin dalam tempoh 15 tahun.

Pilihan raya Parlimen akan diadakan pada 22 Mei manakala pemilihan Presiden pula pada 31 Julai depan.

Parti Fatah yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin (PA) berpangkalan di Tebing Barat dan gerakan Hamas yang memegang pentadbiran di Gaza, sejak lama lagi menunjukkan minat untuk mengadakan pilihan raya di Palestin.

Persaingan lama antara kedua-dua gerakan utama Palestin itu dilihat sebagai punca menghalang perkembangan ke arah untuk mengadakan pilihan raya baharu.

Namun, Fatah dan Hamas terlibat dalam rundingan perpaduan dan mencapai persetujuan secara dasarnya pada September tahun lalu untuk mengadakan pilihan raya pada 2021.

Dalam pada itu, Mahmoud Abbas menerusi kenyataan memaklumkan beliau menjangkakan pengundian akan diadakan di semua wilayah pemerintahan Palestin termasuk timur Baitulmuqaddis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya