Letupan kuat gegar Riyadh - Utusan Malaysia

Letupan kuat gegar Riyadh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Satu letupan dilaporkan menggegarkan Riyadh hari ini dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Lapor Reuters, beberapa saksi memberitahu mereka terdengar dua letupan kuat dan ternampak kepulan asap kecil di ruang udara Riyadh.

Mereka memaklumkan insiden itu berlaku kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan berlaku letupan dan beberapa video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan pihak berkuasa negara ini memintas peluru berpandu yang memasuki ruang udara Riyadh.

Namun, kerajaan Arab Saudi sehingga kini tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya