fbpx

Gempa bumi 2021 di Indonesia semakin aktif

PRESIDEN Joko Widodo (paling kanan) melawat bandar Mamuju di Sulawesi Barat, Indonesia selepas bandar itu dilanda gempa bumi pada minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menyatakan terdapat peningkatan aktiviti gempa bumi di Indonesia sepanjang bulan ini.

Ketua Bidang Pencegahan Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono berkata, Indonesia mengalami peningkatan aktiviti gempa bumi yang signifikan dan kekuatan gempa boleh dirasakan penduduk.

“Bermula 1 hingga 20 Januari, BMKG sudah merekodkan gempa bumi sebanyak 52 kali.

“Dari tarikh berkenaan, hanya dua hari tidak berlaku gempa bumi iaitu pada 10 dan 17 Januari,” katanya kepada Kompas.com.

Malahan, pada 14 Januari lalu, berlaku gempa bumi yang boleh dirasakan penduduk sebanyak lapan kali.

Jelas Daryono, jumlah aktiviti gempa bumi pada Januari 2020 adalah sebanyak 54 kali berbanding tahun ini.

Selain itu, Daryono memaklumkan penyebab aktiviti gempa bumi semakin aktif belum diketahui dan mungkin disebabkan pelbagai faktor.

“Adalah sukar untuk mengenal pasti apakah punca sebenar kepada peningkatan aktiviti gempa bumi di negara ini dan jika ada, mungkin dikaitkan dengan pelbagai faktor,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan mengenai kepentingan pencegahan awal supaya dapat mengelakkan bahaya kepada penduduk dan mengurangkan kemusnahan infrastruktur.

POPULAR

KOSMO! TERKINI