fbpx

6 Mac 2021, 1:35 pm

  TERKINI

China harap hubungan dengan AS dapat dipulihkan

JOE Biden dijangka meneruskan 'pendekatan tegas' terhadap China namun tidak sekeras yang dilakukan Donald Trump sebelum ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu, Joe Biden dan meminta supaya hubungan antara Washington dan Beijing dapat dipulihkan.

Beijing turut menyambut baik berita bahawa AS akan menyertai semula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Perjanjian Iklim Paris.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata, kerjasama yang lancar dari kedua-dua negara dapat ‘menghapuskan sentimen negatif’.

“Biden beberapa kali menyebut perkataan ‘perpaduan’ dalam ucapannya dan itu adalah apa yang diperlukan dalam hubungan AS dan China ketika ini.

“Hubungan kedua-dua negara sudah berdepan dengan saat sukar sejak kebelakangan ini,” katanya.

Biden dijangka meneruskan ‘pendekatan tegas’ terhadap China, namun dikatakan ‘tidak setegas yang dilakukan oleh Trump’. – AFP