Belum serah jenazah kepada keluarga - Utusan Malaysia

Belum serah jenazah kepada keluarga

PASUKAN penyelamat membawa bahagian tubuh mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang ditemukan di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan forensik polis setakat ini sudah mengenal pasti identiti empat mangsa pesawat Sriwijaya Air menerusi pemeriksaan bahagian tubuh yang ditemukan pasukan penyelamat.

Lapor Tribunnews, sehingga semalam, bahagian tubuh yang sudah dikenal pasti itu masih belum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisyen Perhubungan Awam Polis, Rudsi Hartono berkata, polis diajukan pelbagai soalan mengenai kenapa bahagian tubuh yang sudah dikenal pasti masih belum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Katanya, keluarga mangsa masih ingin menunggu lebih banyak bahagian tubuh atau cebisan daging dikumpul sebelum diserahkan kepada mereka.

“Kami sudah bersedia untuk serahkan bahagian tubuh mangsa yang sudah dikenal pasti kepada keluarga, namun ada dalam kalangan mereka yang meminta supaya penyerahkan itu ditangguh dahulu bagi mengumpul lebih banyak bahagian tubuh mangsa.

“Seperti yang kita tahu, keadaan mayat mangsa pesawat Sriwijaya Air kebanyakannya tidak sempurna dan kami mengambil masa untuk mengenal pasti identiti semua penumpang,” katanya.

Sementara itu, pasukan penyelamat meneruskan operasi untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) yang masih belum ditemukan, manakala kotak hitam pesawat berkenaan ditemukan kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya