Bank Dunia biayai program vaksin Covid-19 di Lubnan - Utusan Malaysia

Bank Dunia biayai program vaksin Covid-19 di Lubnan

PETUGAS kesihatan Lubnan sedang memindahkan warga emas yang dijangkiti Covid-19 untuk dibawa ke Hospital Universiti Nabih Berri di Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bank Dunia mengumumkan akan menyuntik dana sebanyak AS$34 juta (RM137 juta) dalam program menyediakan vaksin Covid-19 kepada lebih dua juta penduduk di Lubnan.

Langkah itu susulan terdapat lonjakan besar kes Covid-19 di negara tersebut.

“Ini merupakan operasi pertama Bank Dunia dalam usaha membiayai pembelian vaksin Covid-19,” jelas institusi yang berpusat di Washington dalam satu kenyataan.

Menurut Bank Dunia, Lubnan yang mempunyai lebih enam juta penduduk, ketika ini mengalami kira-kira 5,500 kes Covid-19 sehari sejak permulaan tahun ini.

Di bawah pelan Bank Dunia, bekalan vaksin Covid-19 akan tiba pada awal bulan depan.

Institusi antarabangsa itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat yang mereka bekerjasama untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

Peruntukan sejumlah RM137 juta itu diagihkan semula di bawah Projek Ketahanan Kesihatan Lubnan yang dibiayai oleh Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IBRD).

Jelas Bank Dunia, selain membabitkan jumlah kes kematian manusia, pandemik itu juga memburukkan krisis ekonomi di Lubnan.

Tambah kenyataan itu, usaha vaksinasi Covid-19 akan dijalankan dengan kerjasama kerajaan Lubnan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya