Tukang masak burger kini hartawan Mcdonald's  - Utusan Malaysia

Tukang masak burger kini hartawan Mcdonald’s 

DAVID WYNNE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGLAND: Siapa sangka seorang bekas tukang masak burger kini memiliki restoran makanan segera McDonald’s di tempatnya bekerja sebelum ini. 

Lapor Mirror, David Wynne, 59, membuka syarikatnya sendiri, White Rose UK Ltd serta memiliki semua rangkaian McDonald’s di Cornwall dan Devon. 

David asalnya bermula sebagai tukang masak burger semasa berumur 21 tahun, dia merupakan pengurus restoran Mcdonald’s paling muda di United Kingdom (UK). 

Bermula sejak itu, dia dinaikkan pangkat kepada pengurus restoran di South West, Wales dan West Midlands. 

Selepas 19 tahun, dia ditawarkan menjadi pemegang francais sebelum menguruskan perniagaan di Birmingham sehingga menjadi cawangan paling terbaik antara 185 francais lain. 

David berjaya membuka lima cawangan pada 2008 di Plymstock,Plymton, Derriford dan dua rangkaian di pusat bandar dengan melantik 400 pekerja. 

Sehingga kini, dia sudah mempunyai seramai 1,000 pekerja dan keuntungan francaisnya mencecah 31 juta pound (RM168 juta) pada 2017. 

David malah mempunyai pengalaman menakjubkan semasa menjadi pemegang francais sehingga tujuh pekerjanya di Mcdonald’s Plymouth dipilih bekerja semasa Sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Paralimpik. 

Pekerja yang terpilih disaring daripada 87,000 kakitangan di seluruh negara serta melalui pelbagai ujian kerana McDonald’s mencari pekerja terbaik waktu itu. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya