Rakyat Sweden tak cakap dengan orang tak dikenali - Utusan Malaysia

Rakyat Sweden tak cakap dengan orang tak dikenali

PENDUDUK Sweden tidak gemar berbual dengan orang yang tidak dikenali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWEDEN: Dalam kebanyakan budaya di mana-mana negara, memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali adalah satu norma yang boleh menjadi permulaan bibit-bibit perkenalan.

Tetapi situasi itu bukan satu kebiasaan oleh rakyat Sweden.

Lapor BBC, perbualan kecil dilihat sebagai sia-sia dan dirujuk sebagai ‘kallprat'(cold talk) atau ‘dodprat’ (dead talk).

Bagi mengelakkan situasi berakhir sedemikian, kebanyakan rakyat Sweden mengelakkan sebarang hubungan mata dengan orang tidak dikenali dengan melihat telefon bimbit atau merenung tingkap pusat beli belah.

Bagi rakyat Sweden, tujuan bercakap adalah untuk berkongsi maklumat berguna dan bersembang tanpa tujuan adalah tidak perlu.

Pengunjung ke Sweden yang cuba memulakan perbualan tidak rasmi dengan pekedai atau pelayan, walaupun dengan ucapan ‘hei’ dalam bahasa tempatan, kemungkinan akan disambut dengan ‘hej’ yang kerap kali dilihat sebagai subteks ketidakpercayaan.

Pakar berpendapat disebabkan itu, Sweden menjadi negara yang mempunyai penduduk yang jarang dalam landskap yang cukup luas, iaitu selama beratus-ratus tahun, penduduk menjadi terbiasa jarang bercakap dengan mereka yang tidak dikenali.

Hipotesis lain adalah keengganan berbual-bual itu boleh dikaitkan dengan tahap imigrasi yang rendah ke Sweden sehingga 1960an.

Walaupun begitu, rakyat Sweden dikenali sebagai baik hati dan peramah walaupun berbeza cara daripada mereka yang mempunyai budaya banyak bercakap.

Bagi negara yang mengamalkan kesederhanaan, tidak bercakap tanpa sebarang tujuan adalah adalah ‘perkara’ terbaik untuk diamalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.