Penyokong Trump merusuh, empat ditikam - Utusan Malaysia

Penyokong Trump merusuh, empat ditikam

PENYOKONG Trump berhimpun dan berarak di Washington, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Empat orang ditikam dan seorang lagi ditembak ketika menyertai demonstrasi menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di beberapa bandar utama di negara ini.

Kekecohan berlaku selepas penyokong Trump dan kumpulan penentang bergaduh dan akhirnya mencetuskan rusuhan secara besar-besaran.

Polis Washington memaklumkan insiden tembakan berlaku berhampiran sebuah bangunan di Olympia dan suspek sudah ditahan.

Selain itu, empat cedera parah selepas ditikam oleh individu tidak dikenali di sini dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

The New York Times melaporkan, seramai 23 orang sudah ditahan susulan tunjuk perasaan tersebut.

Situasi tegang juga berlaku di Atlanta dan St, paul di Minnesota, termasuk Nebraska dan Alabama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya