Penyampai berita ditembak mati di Afghanistan - Utusan Malaysia

Penyampai berita ditembak mati di Afghanistan

PENDUDUK mengusung keranda yang membawa jenazah Malalai Maiwand yang ditembak mati oleh lelaki bersenjata di Jalalabad. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALALABAD: Seorang lelaki bersenjata bertindak menembak mati penyampai berita wanita dan pemandunya dalam satu kejadian yang berlaku di Afghanistan.

Ia merupakan insiden kedua pembunuhan wartawan di negara itu dalam tempoh sebulan.

Malalai Maiwand dibunuh di bandar timur Jalalabad, kata syarikat televisyen, Enekaas di mana tempat mangsa bekerja.

Pembunuhan yang disasarkan terhadap tokoh terkemuka termasuk wartawan, ulama, ahli politik dan aktivis kerap berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan ini ketika keganasan semakin meingkat di Afghanistan, meskipun terdapat rundingan damai antara kerajaan dan Taliban.

Jurucakap Gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani dan hospital tempatan mengesahkan kejadian itu.

Insiden pembunuhan Malalai berlaku beberapa minggu selepas wartawan Radio Liberty, Aliyas Dayee terbunuh dalam satu serangan bom kereta di Lashkar Gah.

Human Rights Watch berkata, Dayee sebelum ini pernah menerima ugutan daripada Taliban.

Seorang bekas penyampai berita televisyen di Kabul, Yama Siawash juga terbunuh dalam serangan bom kereta berhampiran rumahnya pada bulan lalu.

Setakat ini, tiada kumpulan mendakwa bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya