Nenek 90 tahun jadi penerima vaksin pertama dunia - Utusan Malaysia

Nenek 90 tahun jadi penerima vaksin pertama dunia

MARGARET Keenan menjadi individu pertama di dunia yang menerima suntikan Covid-19 di Britain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pesara wanita menjadi individu pertama di dunia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan BioNTech ketika Britain memulakan program vaksinasi hari ini.

Margaret Keenan, 90, melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana diberi keistimewaan untuk menjadi orang pertama yang menerima suntikan tersebut.

“Saya berasa sangat gembira kerana terpilih menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Ini adalah hadiah hari jadi terbaik yang pernah saya impikan kerana saya akhirnya boleh meluangkan masa bersama keluarga selepas terpaksa bersendiri selama hampir setahun susulan perintah berkurung,” katanya.

Selain itu, Keenan menasihatkan supaya orang ramai menerima suntikan vaksin tersebut sebagai usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19.

Individu kedua yang bakal menerima suntikan vaksin tersebut adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai William Shakespeare.

Lelaki berusia 80 tahun itu merupakan pekerja rumah kebajikan dan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.

Dalam pada itu, nama Ratu Britain, Ratu Elizabeth, 94, juga disebut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 susulan usianya yang sudah lanjut, selain diharap dapat dijadikan penggalak untuk rakyat negara ini mengambil suntikan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya