Naik kapal terbang dua kali rai graduasi rakan - Utusan Malaysia

Naik kapal terbang dua kali rai graduasi rakan

SEORANG pemuda membuat kejutan untuk meraikan hari konvokesyen sahabatnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aksi seorang pemuda yang sanggup menaiki pesawat sebanyak dua kali demi menghadiri majlis graduasi secara dalam talian sahabatnya menjadi tular dalam media sosial. 

Lapor Tribun News, Al-Wisnu Mukti,25, dari Ketapang, Kalimantan Barat sanggup menaiki penerbangan dari Kalimantan ke Jakarta demi membahagiakan Virda Ayu Pramesti dengan kedatangannya. 

Kisah persahabatan yang terjalin sejak kecil itu ditonton sebanyak 5.4 juta kali dan dimuat naik oleh akaun TikTok milik @allwisnumukti Sabtu lalu.

Menerusi video itu, pemuda tersebut kelihatan berada dalam pesawat hingga tiba di lapangan terbang. 

Rakan baiknya itu memaklumkan kedua-dua ibu bapanya itu tidak dapat menemankannya ketika majlis konvokesyen tersebut. 

Al-Wisnu memberitahu dia sanggup melakukan penerbangan jarak jauh agar Virda tidak bersedih di hari bahagianya itu.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya