Lelaki gigit telinga konduktor bas hingga putus - Utusan Malaysia

Lelaki gigit telinga konduktor bas hingga putus

SEORANG penunggang motosikal menggigit telinga konduktor bas kerana enggan beri laluan untuk memintas kenderaan tersebut. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penunggang motosikal di Indonesia bertindak menggigit telinga konduktor bas kerana enggan memberi laluan kepadanya untuk memintas kenderaan tersebut.

Akibat kejadian itu, konduktor bas, Arfan Affandi, 36, dari Kampung Mojosongko, daerah Mojokerto kehilangan sebahagian cuping telinganya.     

Lapor Tribunnews, perbuatan itu dilakukan oleh Rizal Adiputra, 22, dari Kapas Madya di Surabaya. 

Insiden itu berlaku di Jalan Raya bypass Krian iaitu di Kampung Tambak Kemeraan, daerah Krian di Sidoarjo.  

Ketua Polis Krian, AKP Mukhlason berkata, penunggang motosikal itu mengakui marah kerana tidak diberi laluan untuk memintas bas tersebut.  

“Kes ini dikendalikan oleh polis Krian, Rizal sudah ditahan dan masih sedang disiasat,” katanya.

Menurut Mukhlason, Rizal menunggang motosikal dari Surabaya ke Krian manakala bas Mandala itu juga memandu dari arah yang sama di lorong kiri.

“Ketika kejadian, Rizal cuba memintas bas yang berada didepannya di lorong kiri namun kenderaan itu menghalangnya dan membunyikan hon dengan kuat.

“Rizal berasa amat marah lalu memintas dengan laju sehingga ke depan kenderaan tersebut sehingga terpaksa berhenti. Namun, bas itu sempat memecut memandu meninggalkannya.

“Dia mengejar lagi sehingga bas berhenti di jalan raya bypass Krian. Rizal menghampiri konduktor itu dan memukulnya menggunakan topi keledar. Dia juga menyerang Arfan dengan mengigit telinganya sehingga terputus,” katanya.  

Tambah beliau, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala penunggang motosikal itu dibawa ke balai polis Krian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.