Kereta baru beli rempuh dinding - Utusan Malaysia

Kereta baru beli rempuh dinding

RAKAMAN video menunjukkan sebuah kereta yang baru dibeli remuk bahagian depan selepas merempuh dinding ketika dipandu keluar dari kedai kereta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Membeli kereta baharu sudah tentu menjadi momen paling menggembirakan bagi mereka yang sudah lama mengimpikan perkara itu.

Namun, kenangan istimewa itu boleh menjadi mimpi ngeri buat seorang pemandu yang tidak cekap. 

Lapor Oddity Central, sebuah video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki merempuh dinding tular dalam media sosial.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki memandu kereta baharunya untuk keluar dari kedai tersebut sebelum hilang kawalan dan melanggar dinding premis.

Insiden itu menyebabkan bahagian depan kereta baharu itu remuk dan beg udara juga terkeluar.

Semua orang yang  berada di lokasi kejadian terkejut dengan bunyi hentaman kuat dan berlari keluar untuk melihat sama ada pemandu cedera atau tidak.

Video itu dimuat naik dalam YouTube pada Jun lalu, tetapi hanya menjadi tular bulan lalu selepas dikongsikan oleh pelawak terkenal India, Sunil Grover dalam akaun Instagramnya. 

Video itu mendapat tontonan melebihi sembilan juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya