FDA luluskan vaksin Pfizer di AS  - Utusan Malaysia

FDA luluskan vaksin Pfizer di AS 

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 bagi kegunaan kecemasan.

Lapor AFP, agensi itu memaklumkan kebenaran tersebut adalah tonggak penting dalam membendung wabak yang meragut lebih 295,000 nyawa di Amerika Syarikat (AS).

FDA malah menyifatkan vaksin itu adalah selamat dan berkesan sebanyak 95 peratus menentang Covid-19.

Presiden AS, Donald Trump berkata, vaksin pertama akan tersedia kurang dari 24 jam.

“Hari ini negara kita sudah memperoleh keajaiban perubatan. Kita sudah menghantar vaksin yang selamat dan berkesan dalam tempoh sembilan bulan sahaja,” katanya.

Sebelum pengumuman dibuat semalam, FDA mengalami tekanan tinggi daripada pentadbiran Trump untuk meluluskan penggunaan vaksin tersebut.

Sementara itu, Reuters melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangkakan membuat keputusan sama ada memberikan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 daripada Pfizer,Moderna dan AstraZeneca dalam minggu depan.

Ketua Saintis WHO,Soumya Swaminathan berkata, badan kesihatan global itu akan membuat keputusan berhubung calon vaksin Pfizer serta penilaian terhadap calon vaksin Moderna dan AstraZeneca dalam beberapa minggu.

Kelulusan WHO akan membenarkan vaksin digunakan di beberapa negara yang belum berupaya dilakukan penilaian tersebut oleh pengawal selia perubatan negara.

Katanya, sekurang-kurangnya 10 syarikat sudah menunjukkan minat atau menghantar permohonan bagi kelulusan penggunaan kecemasan bagi calon vaksin.

Vaksin Pfizer sudah menerima kelulusan tersebut dari Britain dan Kanada serta menerima pengesahan dari AS dalam beberapa hari lagi.

United Kingdom (UK) juga menyaksikan seorang wanita berusia 90 tahun menjadi individu pertama menerima vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya