‘Diri dipinang malaikat maut’ - Utusan Malaysia

‘Diri dipinang malaikat maut’

LISA Sirait ditemukan mati dalam bilik di sebuah premis di Klang, Malaysia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang gadis berasal dari Asahan, Sumatera Utara, Lisa Sirait yang dilaporkan mati dibunuh dalam satu kejadian rogol di Klang, Selangor, Malaysia pada 23 Disember lalu pernah memuat naik status mengenai kematian.

Lapor Tribunnews, ibunya, Sri Dewi, 47, memberitahu anak kelimanya itu tidak pernah lupa untuk menghubunginya setiap hari.

Namun, pada hari kejadian, Sri tidak mendapat panggilan dari Lisa dan dia mula berasa tidak sedap hati sehingga diberitahu mengenai kejadian yang menimpa gadis berusia 14 tahun itu.

Sri beritahu Lisa pergi ke Malaysia untuk mengikut kakaknya, Dinda Sirait yang bekerja di sana.

“Sebelum kematiannya, Lisa ada memuat naik status dalam media sosial menyatakan dirinya akan ‘dipinang malaikat maut’.

“Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku kerana Lisa merupakan anak yang baik, periang dan disenangi ramai,” katanya.

Menurut seorang rakan Lisa, Mariadi, suspek yang merupakan lelaki warga Aceh sempat mengunci pintu bilik gadis itu selepas membunuhnya dan melarikan diri.

Kejadian itu berlaku ketika Lisa enggan mengikut kakaknya pergi membeli makanan dan memaklumkan dia hanya berehat di dalam bilik sebelum ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek kini sudah ditahan polis untuk disoal siasatan berhubung kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya