Demi gambar, lelaki gadai nyawa anak - Utusan Malaysia

Demi gambar, lelaki gadai nyawa anak

SEORANG lelaki mengambil gambar anaknya di atas tebing setinggi 45.72 di West Bay, Dorset, England. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki dilihat membahayakan dua anaknya yang masih kecil dengan meminta mereka berdiri di atas sebuah tebing setinggi 45.72 meter yang tidak stabil hanya untuk bergambar.    

Lapor Daily Mail, beberapa siri gambar menunjukkan lelaki itu meminta kedua-dua anaknya duduk di bahagian hujung tebing yang terdedah kepada runtuhan batu di West Bay, Dorset di England. 

Seorang anak kecilnya yang mungkin berumur kurang daripada lapan tahun, dilihat melunjur kakinya dari hujung tebing sementara seorang lagi budak lelaki berdiri di hadapan.   

Tindakan lelaki itu mendapat perhatian pengunjung di kawasan tersebut namun dia tidak menghiraukan bahaya yang mungkin berlaku.

Seorang daripadanya, Mazz Blehs, 57, dari Bournemouth berkata, suaminya perasan perbuatan lelaki itu ketika dia menggunakan teropong.

“Saya tidak percaya lelaki itu membawa dua anaknya ke tepi tebing tinggi hanya untuk bergambar.

“Lelaki itu harus sedar bahawa tindakannya sangat bahaya dan dia sepatutnya jelas dengan tanda amaran yang diletakkan,” katanya.

Insiden tanah runtuh pernah dilaporkan berlaku di West Bay yang merupakan destinasi pelancongan popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.