‘Bolsonaro, henti bodohkan rakyat!’ - Utusan Malaysia

‘Bolsonaro, henti bodohkan rakyat!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berdepan dengan kritikan tajam sehingga beliau disifatkan ‘sengaja membiarkan rakyat mati’ susulan kegagalan kerajaan pimpinannya menyediakan program vaksinasi bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Lebih 181,000 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat wabak tersebut yang Bolsonaro gelar sebagai ‘jangkitan seelsema biasa’, sekali gus menyaksikan hab ekonomi Amerika Latin terbesar itu terus terjejas teruk.

Pentadbiran berhaluan kanan pimpinan presiden itu digesa ‘menjelaskan mengenai pelan vaksinasi’ yang melibatkan kira-kira 212 juta penduduk Brazil dengan menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca dan Oxford.

Biarpun mempunyai populasi keenam paling padat di dunia, Brazil sehingga kini masih belum menandatangani kontrak pembelian vaksin Pfizer, selain ‘menyingkirkan’ pilihan menggunakan vaksin keluaran China iaitu CoronaVac atas sebab politik.

Vaksin CoronaVac sebelum ini dipilih oleh Gabenor Sao Paolo, Joao Doria yang merupakan pesaing Bolsonaro dalam pilihan raya presiden akan datang.

Kumpulan pemantau percaya bahawa penolakan Bolsonaro terhadap CoronaVac bertujuan menghentikan ‘pengaruh’ Doria menjelang pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada 2022.

Namun, golongan pakar melahirkan kebimbangan jika langkah melengah-lengahkan pemberian vaksin Covid-19 hanya akan menyebabkan lebih banyak kematian.

Pengasas Question of Science Institute, Natalia Pasternak berkata, tindakan yang dilakukan pentadbiran Bolsonaro ketika ini menunjukkan bagaimana kerajaan persekutuan ‘tersasar jauh’ dari keadaan realiti pandemuk Covid-19.

“Mereka (kerajaan) masih belum faham apa kesusahan yang kami depani ketika ini.

“Kerajaan bercadang menggunakan vaksin AstraZeneca-Oxford untuk mencegah Covid-19 di negara ini, namun keputusan itu hanya sia-sia jika tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Malahan, Pasternak memaklumkan kerajaan Balsonoro hanya bercadang untuk membeli kira-kira 100 juta dos vaksin AstraZeneca dan jumlah itu jelas tidak mencukupi untuk semua rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keputusan presiden untuk menolak pemberian vaksin CoronaVac adalah satu langkah tidak masuk akal.

Pada hujung minggu lalu, semua media arus perdana Brazil ‘bersatu’ menyelar pelan vaksinasi oleh kemeterian kesihatan negara ini yang ditentang oleh kebanyakan pakar perubatan.

Dokumen tersebut mengandungi pelan selama lima bulan untuk memberi suntikan vaksin kepada 51 juta kumpulan barisan hadapan termasuk golongan warga emas.

Muka depan akhbar Folha de São Paulo menyifatkan Bolsonaro ‘menempah maut’, selain mendakwa penduduk Brazil diabaikan oleh kerajaan dan berasa tertekan melihat negara lain sudah pun memulakan program vaksinasi Covid-19.

“Kebodohan Bolsonaro berhubung pandemik Covid-19 sudah semakin melampau. Sudah tiba masanya untuk beliau ‘tinggalkan kecuaiannya’ dan mengetuai 212 juta penduduk untuk bersama-sama menentang ancaman wabak tersebut. Jangan perbodohkan rakyat lagi!,” tulis akhbar tersebut.

Akhbar Estado de São Paulo pula melaporkan ketidakmampuan presiden itu menangani masalah dunia sebenar dan menjelaskan rakyat tidak mengetahui apa-apa mengenai program vaksinasi yang dirancang kerajaan.

“Kami tidak tahu berapa banyak vaksin yang kerajaan dapatkan untuk kegunaan rakyat atau bila kami akan diberi suntikan. Kementerian Kesihatan pula secara terang-terangan menolak CoronaVac atas motif politik,” ujar akhbar itu.

Sementara itu, pakar politik Brazil, Elio Gaspari menyamakan tindakan Bolsonaro seperti ‘peristiwa Chernobyl versi Brazil yang akan menyebabkan banyak kemusnahan daripada kebaikan’. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya