Aceh wujudkan internet syariah kekang jenayah judi, pornografi - Utusan Malaysia

Aceh wujudkan internet syariah kekang jenayah judi, pornografi

PIHAK berkuasa Aceh bercadang mewujudkan internet syariah sebagai usaha membanteras jenayah pornografi dan perjudian dalam talian. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Pihak berkuasa wilayah ini bercadang mewujudkan internet syariah sebagai usaha berterusan membanteras jenayah pornografi dan perjudian dalam talian. 

Lapor Suara.co, langkah tersebut disuarakan oleh Ketua Perkhidmatan Komunikasi, Maklumat dan Statistik Banda Aceh, Fadhil yang meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar menyediakan akses internet syariah di ibu kota tersebut. 

“Kita sudah menghantar surat kepada penyedia internet untuk menghalang laman web yang mengandungi pornografi, judi dalam talian, kandungan negatif serta menyediakan internet syariah,” katanya.

Langkah itu diambil sebagai susulan permohonan Datuk Bandar Banda Aceh kepada pemilik kafe dan warung kopi untuk menghalang akses pornografi, judi serta kandungan internet negatif. 

Jelasnya, pihaknya tidak mempunyai kuasa menghalang kandungan atau laman internet melainkan hanya mampu mengeluarkan surat serta menyeru penyedia kandungan menyediakan internet syariah. 

Fadhil mengajak semua pemegang taruh syariah termasuk pemilik kedai kopi menyediakan perkhidmatan internet tersebut agar dapat mengawasi penggunaannya. 

“Kementerian Komunikasi dan Maklumat mempunyai kuasa membuang kandungan negatif dalam internet. 

“Sebagai orang awam kita juga boleh membuat laporan terus sekiranya mendapati ada unsur negatif atau laman pornografi kepada laman web internet syariah Aceh Diskominsa,” katanya. 

Beliau malah memaklumkan pihaknya turut membuat penyelarasan dengan pihak polis untuk mengedarkan surat permohonan Datuk Bandar kepada semua pemilik kedai kopi dan melakukan serbuan. 

“Dalam beberapa hari akan datang, kita akan mengedarkan surat itu kepada pemilik warung kopi di Banda Aceh,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya