fbpx

Vaksin Covid-19 Moderna 94.5 peratus berkesan

MASSACHUSETTS: Vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna didakwa berkesan 94.5 peratus mencegah jangkitan virus tersebut berdasarkan data awal dari ujian klinikal fasa akhir.

Lapor Reuters, pengumuman itu menjadikan Moderna syarikat kedua yang berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 selepas Pfizer.

Namun, vaksin yang dihasilkan Moderna boleh disimpan dalam suhu peti sejuk biasa, menjadikannya lebih mudah untuk diedar di seluruh dunia.

Presiden Moderna, Stephen Hoge berkata, vaksin tersebut dijangka berkesan untuk menangani pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN