Tujuh maut kondominium terbakar di Hong Kong - Utusan Malaysia

Tujuh maut kondominium terbakar di Hong Kong

PASUKAN polis dan bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran di sebuah pangsapuri di Hong Kong. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan 11 cedera apabila sebuah kondominium terbakar dalam satu kejadian di sini semalam.

Perkhidmatan Sumber Maklumat Kerajaan memaklumkan, seramai 17 mangsa dikejarkan ke hospital selepas kebakaran berlaku di daerah Jordan pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.

Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh orang meninggal dunia, manakala tujuh lagi cedera parah.

Siaran langsung televisyen menunjukkan pasukan paramedik dan bomba memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang sesak nafas akibat terhidu asap.

The South China Morning Post melaporkan bahawa kebakaran itu merupakan insiden terburuk sejak 2011 yang mengakibatkan sembilan orang maut.

Insiden kebakaran sering berlaku di wilayah separa autonomi ini, terutamanya di kawasan kejiranan miskin susulan kedudukan struktur rumah yang terlalu padat, selain sistem pendawaian yang tidak efektif. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya