fbpx

1 Disember 2020, 7:03 am

  TERKINI

Tentera Australia bunuh 39 rakyat Afghanistan?

SELEPAS peristiwa 11 September 200, seramai 26,000 tentera Australia dihantar ke Afghanistan bersama tentera AS dan sekutunya menentang Taliban dan al-Qaeda. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Pegawai tertinggi tentera Australia mengakui terdapat bukti boleh dipercayai yang menunjukkan pasukan tentera negara ini melanggar undang-undang dengan menyebabkan kematian seramai 39 penduduk awam termasuk tahanan di Afghanistan.

Ketua Angkatan Pertahanan Tentera Australia, Angus Campbell berkata, terdapat segelintir anggota tentera negara ini didapati menyalahgunakan undang-undang, sengaja merosakkan peraturan dan membunuh penduduk yang tidak bersalah.

Sehubungan itu, Campbell dengan ikhlas membuat permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan.

“Rekod memalukan ini turut melibatkan pendedahan bagaimana anggota tentera baharu didakwa sengaja menembak tahanan bagi membuktikan keupayaan mereka.

“Seramai 19 anggota tentera termasuk bekas anggota yang terlibat dalam insiden berkenaan akan dirujuk kepada pasukan penyiasat bagi menentukan hukuman mereka,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kerajaan Australia akan menarik balik pingat yang dianugerahkan kepada anggota tentera yang terlibat.

Kesemua anggota tentera itu ditugaskan ke Afghanistan untuk bersama pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) menentang kumpulan militan al-Qaeda pada 2007 hingga 2013. – AFP