Kenapa orang lain pegang kad ATM? - Utusan Malaysia

Kenapa orang lain pegang kad ATM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak Maybank mendedahkan buku bank dan akaun semasa menjadi petunjuk baharu berhubung kes kehilangan duit milik atlet e-sukan, Winda Earl berjumlah 22 billion rupiah (RM5.7 juta).

Peguam terkenal, Hotman Paris Hutapea yang mewakili bank itu berkata, Ketua Maybank Cawangan Cipulir yang disyaki sebagai suspek mendakwa memegang kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan buku akaun Winda.

“Soalannya adalah kenapa kamu sebagai pemilik duit itu membiarkan orang lain memegang kad ATM ? Perkara itu yang akan disiasat semula oleh pasukan penyiasat,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Mei lalu, keluarga Winda membuat laporan polis selepas duit simpanannya dilaporkan hilang dalam akaun Maybank.

Dalam pada itu, Winda berkata, akaun bank itu dibuka tanpa kad ATM dan buku simpanan kerana hanya membuka akaun semasa.

“Saya buka akaun semasa jadi berhubung isu ATM itu, saya tidak pernah mendapat buku simpanan sejak dari awal akaun itu dibuka,” kata Winda.

Akaun semasa mengandungi ringkasan transaksi pelanggan bank yang boleh dilakukan dalam bentuk kredit dan debit termasuk pemindahan wang.

Kebiasannya, transaksi yang dicetak atas akaun semasa tidak akan dicetak dalam buku simpanan milik pelanggan.

Sebagai contoh, apabila banyak pelanggan membuat transaksi elektronik ia tidak memerlukan buku simpanan secara fizikal.

Pelanggan memerlukan akaun semasa untuk pelbagai keperluan seperti mendapatkan visa, permohonan kredit dan membuat audit kewangan syarikat.

Bagi mendapatkan akaun semasa, pelanggan memerlukan pengesahan bank dan kebiasaannya keperluan untuk mencetak akaun tersebut adalah pelanggan perlu membawa buku simpanan, kad pengenalan diri dan kad ATM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×