Dua masjid dikunjungi lelaki bersenjata ditutup - Utusan Malaysia

Dua masjid dikunjungi lelaki bersenjata ditutup

MASJID Tewhid yang terletak di kawasan Meidling diarahkan tutup oleh pihak berkuasa Vienna. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Kerajaan Austria mengarahkan penutupan dua masjid di ibu kota Vienna selepas dikesan sering dikunjungi oleh lelaki bersenjata yang menembak mati empat orang di bandar ini, awal minggu ini.

Kejadian tembakan yang berlaku pada Isnin lalu disifatkan sebagai serangan besar pertama di Austria sejak beberapa dekad lalu yang dilakukan penyerang berusia 20 tahun, Kujtim Fejzulai yang ditembak mati oleh polis.

Menteri Integrasi, Susanne Raab dalam satu sidang akhbar berkata, Pejabat Hal Ehwal Agama menerima maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri bahawa penyerang sering mengunjungi dua masjid berkenaan selepas dibebaskan dari penjara.   

Dua masjid yang terletak di pinggiran barat Vienna merupakan masjid Melit Ibrahim di daerah Ottakring dan masjid Tewhid di kawasan Meidling.

Jelas Raab, agensi perisikan domestik BVT memaklumkan kepada pihaknya bahawa kunjungan di dua masjid tersebut mendorong 

Katanya, hanya salah satu daripada masjid berkenaan telah didaftarkan. 

Dalam pada itu, Pertubuhan Komuniti Agama Islam Austria memaklumkan sebuah masjid yang didaftarkan secara rasmi ditutup kerana dikatakan melanggar peraturan ‘doktrin agama dan perlembagaan serta undang-undang nasional yang mengawal institusi Islam.

Sementara itu, Jabatan Pendakwaan Vienna semalam memaklumkan sebanyak enam daripada jumlah 16 orang yang ditahan sejak serangan itu telah dibebaskan.

Katanya, selebihnya masih dalam tahanan kerana siasatan masih berjalan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN