Beri tunang duit belanja RM88,558 - Utusan Malaysia

Beri tunang duit belanja RM88,558

MAJLIS pertunangan Ajis dan Nadia tular dalam media sosial apabila ahli perniagaan tersebut memberi duit belanja kepada bakal isterinya sebanyak 3.7 juta rupiah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kisah pertunangan sepasang kekasih menjadi bualan hangat dalam media sosial apabila seorang ahli perniagaan dari Makassar meminang bakal isterinya dengan memberi ‘hantaran paling mewah di daerah tersebut’.

Lapor Tribunnews, ahli perniagaan tersebut, Ajis Kalla memberi duit belanja atau lebih dikenali sebagai ‘wang panai’ sebanyak 3.7 juta rupiah (RM88,558), rumah bernilai tiga bilion rupiah (RM866,100) serta satu set berlian kepada bakal isterinya yang dikenali sebagai Nadia Margareza.

Wang panai adalah duit perbelanjaan untuk bakal pengantin wanita yang diberikan oleh bakal pengantin lelaki dan merupakan tradisi adat suku Bugis-Makassar. 

Majlis pertunangan itu disambut baik oleh ahli keluarga Nadia dan mereka mengucapkan tahniah atas ikatan yang terjalin.  

“Tahniah atas pertunangan sepupuku yang cantik. Anda berdua merekodkan sejarah di Barat Malangke apabila memberi serta menerima wang panai paling tinggi,” tulis seorang daripada ahli keluarga pasangan kekasih itu dalam Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya