fbpx

Bekas PM Sudan meninggal dunia akibat Covid-19

SADIQ AL-MAHDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Bekas Perdana Menteri Sudan, Sadiq al-Mahdi dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat jangkitan wabak Covid-19.

Menurut Parti Umma Nasional Islam, Sadiq yang berusia 84 tahun merupakan perdana menteri terakhir yang dipilih secara demokratik di Sudan sebelum digulingkan pada 1989.

Sadiq dipindahkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menjalani rawatan selama tiga minggu.

Sebelum itu, Sadiq menerima rawatan di sebuah hospital di Sudan selepas didapati positif Covid-19.

“Kami mengucapkan takziah kepada rakyat Sudan di atas kematian beliau,” kata jurucakap parti itu dalam satu kenyataan. – AFP