fbpx

27 Oktober 2020, 5:22 am

  TERKINI

Prayut enggan letak jawatan

PRAYUT Chan-o-cha enggan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menolak untuk meletak jawatan ketika kerajaan pimpinannya bertungkus-lumus menghentikan tunjuk perasaan oleh kumpulan pelajar di Bangkok yang sudah memasuki hari kedua.

Lapor Channel News Asia, polis menutup beberapa jalan utama di sekitar Bangkok dan meletakkan halangan untuk mengelak kemaraan penunjuk perasaan.

Kumpulan pelajar terus berikrar untuk ‘menyingkirkan’ Prayut dari kerajaan serta menuntut pindaan Perlembagaan Thailand dilakukan segera.

Selain itu, polis anti rusuhan turut dikerah ke lokasi tumpuan dan bersedia untuk melepaskan gas pemedih mata jika tunjuk perasaan tidak terkawal.

Keadaan tegang itu juga menyaksikan banyak premis perniagaan termasuk pusat beli-belah ditutup awal dan perkhidmatan pengangkutan awam dihentikan sementara waktu.

Hujan lebat yang melanda bandar raya ini dijangka ‘memperlahankan’ pergerakan penunjuk perasaan, namun keadaan tersebut tidak dapat dipastikan.

POPULAR