Pihak luar dalang protes Cipta Kerja - Utusan Malaysia

Pihak luar dalang protes Cipta Kerja

PENUNJUK perasaan cuba memukul anggota keselamatan dalam proses bantahan Undang-Undang Cipta Kerja di Jakarta, Indonesia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Umum Gerindra, Prabowo Subianto mendakwa pihak luar menjadi dalang di sebalik demonstrasi besar- besaran membantah Undang- Undang Cipta Kerja sehingga mencetuskan rusuhan di seluruh Indonesia.

Lapor CNN Indonesia, Prabowo yang juga Menteri Pertahanan bahkan mendakwa pihak berkenaan sengaja menimbulkan prokovasi dalam kalangan kumpulan pekerja.

Prabowo Subianto

“Saya ingin memberi amaran bahawa penipuan ini bermaksud ada pihak yang ingin menimbulkan kekacauan.

“Malah, saya percaya pihak itu dari luar kerana ada negara yang tidak suka melihat Indonesia aman dan maju,” katanya menerusi satu rakaman video.

Jelas Prabowo, rakyat masih belum membaca dan memahami undang-undang baharu tersebut menyebabkan mereka turun ke jalanan untuk protes.

Malah, beliau juga menganggap para penunjuk perasaan sudah termakan hasutan atau percaya berita palsu berhubung undang-undang berkenaan yang disebarkan secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ramai individu yang melakukan protes itu masih belum membaca intipati undang-undang omnibus. Banyak maklumat tidak tepat mengenai Cipta Kerja yang disebarkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Prabowo juga percaya pihak asing yang sengaja menimbulkan kekacauan itu cuba ‘mengeksploitasi’ pihak berkepentingan di negara ini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak masuk campur dalam hal ehwal kerajaan Indonesia.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indra Iskandar memaklumkan draf Rang Undang-Undang Cipta Kerja sudah dikemas kini setebal 812 muka surat berbanding 1,035 sebelum ini.

Katanya, draf tersebut adalah hasil semakan terbaharu yang dilakukan oleh DPR dan dokumen tersebut dikemas kini berdasarkan peraturan undang- undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.