fbpx

27 Oktober 2020, 8:35 pm

  TERKINI

Mahasiswa bakal protes lagi

MAHASISWA mengambil bahagian dalam demonstrasi bagi membantah Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan baru-baru ini - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Persatuan Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Kebangsaan (BEM-SI) sekali lagi akan mengadakan demonstrasi menolak pelaksanaan Undang-Undang Cipta Kerja, pada Selasa ini.

Lapor CNN Indonesia, Penyelaras Kumpulan BEM-SI, Remy Hastian berkata, demonstrasi yang bakal berlangsung minggu depan disebabkan kegagalan pihaknya bertemu dengan Presiden, Joko Widodo (Jokowi) pada protes diadakan semalam di sekitar Patung Kuda Arjuna Wiwaha, Jalan Medan Merdeka Barat di Jakarta Pusat. 

“Protes bermula dari pukul 1 hingga 5 petang, tetapi yang datang berjumpa ketika itu adalah kakitangan khas milenium yang kami anggap bukan wakil dari pihak Presiden,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, demonstrasi bakal berlangsung itu akan diadakan secara aman dan bebas daripada tindakan anarki.

Malah, tegas beliau, demonstrasi itu bagi mendesak Jokowi segera menguatkuasakan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang (Perppu) bagi memansuhkan undang-undang Omnibus berkenaan. 

Selain tuntutan itu, menurut Remy, pihaknya juga akan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap cubaan kerajaan untuk mengganggu gerakan dan hak rakyat yang membantah undang-undang tersebut.  

“Kami juga akan mengkritik pelbagai penindasan dilakukan ketika tunjuk perasaan itu,” katanya.   

Dilaporkan, Jokowi telah mengarahkan kakitangan khas milenium, Aminuddin Ma’ruf bertemu dengan mahasiswa pada demonstrasi tersebut.

“Presiden yang meminta saya untuk bertemu dengan penunjuk perasaan,” kata Aminuddin.