Jacinda Ardern menang besar - Utusan Malaysia

Jacinda Ardern menang besar

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum New Zealand yang berlangsung hari ini.

Reuters melaporkan, Parti Buruh memperoleh majoriti daripada 120 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Kemenangan tersebut membolehkan Ardern membentuk pemerintahan parti tunggal yang pertama dalam beberapa dekad.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand, parti tersebut meraih 49 peratus undi iaitu jauh lebih tinggi berbanding 27 peratus undi yang diperoleh Parti Nasional pimpinan Judith Collins.

Kemenangan Ardern dilihat sebagai sokongan kukuh penduduk New Zealand terhadap cara beliau menangani pandemik Covid-19 dan hal ehwal pentadbiran negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.