Indonesia paling rumit untuk perniagaan - Utusan Malaysia

Indonesia paling rumit untuk perniagaan

INDONESIA menjadi negara paling rumit untuk menjalankan perniagaan berdasarkan Indeks Kesukaran Perniagaan Global (GBCI). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menjadi negara paling rumit untuk menjalankan perniagaan berdasarkan Indeks Kesukaran Perniagaan Global (GBCI) yang dikeluarkan oleh syarikat perundingan TMF Group bagi tempoh Jun lalu.

Lapor CNN Indonesia, TMF menyatakan bahawa landskap perniagaan antabangsa di negara ini dilihat lebih rumit berbanding tempoh sebelum ini.

“Covid-19 menyebabkan kadar pembangunan ekonomi dan sosial dunia semakin teruk terjejas dan faktor itu menjadi antara punca Indonesia sukar melakukan perniagaan,” jelas TMF menerusi satu kenyataan hari ini.

TMF yang berpangkalan di Belanda menganalisis sebanyak 250 kriteria dari 77 buah negara untuk menentukan penilaian GBCI tahun ini.

Antara kriteria tersebut termasuk pentadbiran perniagaan, tempoh untuk memulakan perniagaan, perubahan undang-undang percukaian, polisi gaji serta faedah dan cabaran membuka akaun bank bagi perniagaan.

Selain Indonesia, lima negara teratas yang sukar melakukan perniagaan adalah Brazil, Argentina, Bolivia dan Greece.

Pada tahun lalu, Greece berada di tangga pertama, namun kedudukannya menurun selepas membuat beberapa penambahbaikan dalam sektor perniagaannya.

TMF juga menyenaraikan negara yang mempunyai tahap kerumitan perniagaan paling rendah.

Tempat pertama menjadi milik wilayah autonomi Curacao di Belanda, diikuti dengan Amerika Syarikat (AS), Jamaica, Denmark dan Kepulauan Virgin.

TMF memaklumkan kesukaran memenuhi peraturan yang ditetapkan pasaran antarabangsa dan tempatan menjadi satu daripada punca Indonesia menjadi destinasi paling sukar untuk memulakan perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN