Guru selamatkan nenek semasa kelas online - Utusan Malaysia

Guru selamatkan nenek semasa kelas online

JULIA Koch disanjung sebagai hero selepas menyelamatkan seorang warga emas daripada serangan strok. - CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MICHIGAN : Seorang guru darjah satu di sebuah sekolah rendah di sini disanjung sebagai hero setelah tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan seorang nenek kepada  anak muridnya yang diserang strok.

Lapor CNN, Julia Koch menerima panggilan daripada datuk dan nenek murid tersebut yang menghadapi masalah teknikal ketika mengajar kelas pembelajaran secara maya di Sekolah rendah Edgewood pada 22 September lalu. 

Ketika Koch bercakap dengan Cynthia Phillips, yang menghadapi masalah untuk mengecas tablet sekolah cucunya, guru itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada suara warga emas tersebut. 

“Sudah jelas ada sesuatu yang tidak kena kerana percakapannya tidak jelas dan saya tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan,” katanya.   

Bimbang Phillips berada dalam bahaya, Koch segera mendapatkan bantuan daripada pengetua sekolah, Charlie Lovelady.  

Lovelady kemudian meminta seorang kakitangan untuk menghubungi talian kecemasan 911 semasa dia bercakap dengan Phillips melalui telefon.

“Saya perhatikan percakapannya terganggu dan saya bertanya apakah dia berada dalam keadaan baik? Kata-katanya menjadi silap dan ia menjadi semakin buruk pada saat itu. 

“Saya tahu simptom strok kerana saya pernah kehilangan ayah saya akibat strok, jadi saya memberitahunya supaya tunggu sebentar dan segera mendapatkan bantuan,” ujarnya. 

Sementara itu, Phillips menzahirkan ucapan terima kasih atas tindakan pantas guru tersebut dan bersyukur nyawanya masih panjang.   

 “Saya akan mati sekiranya guru itu tidak pantas mendapatkan bantuan. Saya bersyukur kepada tuhan kerana saya tidak mati di depan anak-anak saya,” luahnya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×