Cipta Kerja: Pelajar cedera kena peluru getah - Utusan Malaysia

Cipta Kerja: Pelajar cedera kena peluru getah

KUMPULAN mahasiswa berhimpun mengadakan bantahan terhadap Rang Undang-Undang Cipta Kerja di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang mahasiswa cedera akibat terkena tembakan semasa menyertai demonstrasi menolak pelaksanaan Rang Undang-Undang Cipta Kerja di Sulawesi Selatan.

Memetik CNN Indonesia, Ketua pasukan Advokasi Kebebasan Berpendapat Masyarakat Kota Baubau, Agung Widodo berkata, mangsa Nur Sya’ban merupakan Wakil Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti Undang-undang  Universiti Dayanu Ikhsanuddin terkena tembakan pada Jumaat lalu di Dewan Perwakilan rakyat Daerah (DPRD) Kota Bau Bau.

Katanya, kejadian tersebut berlaku selepas demonstrasi yang pada mulanya berjalan dengan tenang bertukar kecoh apabila dipercayai ada anggota keselamatan menyusup masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan.

“Anggota keselamatan cuba meleraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan peluru getah. Ketika mangsa berundur, dia terasa sakit pada lengannya sebelum menyedari itu adalah luka akibat terkena tembakan,” katanya.

Dalam pada itu, mahasiswa gabungan Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia wilayah Jabodetabek-Banten mula berkumpul di Patung Kuda Arjuna Wiwaha, Jalan Medan Merdeka Barat, Jakarta Pusat bagi membantah Cipta Kerja.

Seorang peserta yang juga merupakan pemidato berkata, tujuan perhimpunan tersebut dibuat bukan untuk merosakkan kemudahan awam, sebaliknya untuk merosakkan sistem oligarki elit parti.

“Kami tidak boleh mendekati Istana Negara kerana ditahan anggota keselamatan dengan kawat berduri di hadapan  Gedung Sapta Pesona. Mereka turut bersedia menggunakan kenderaan taktikal dan anggota berkuda,” ujarnya.

Sementara itu,Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus memaklumkan sebanyak 8,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan polis ditempatkan di kawasan tumpuan untuk mengawal keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya