Kehebatan wanita urus kilang kurma - Utusan Malaysia

Kehebatan wanita urus kilang kurma

SEORANG pekerja wanita memandu forklift mengagihkan bungkusan kurma di sebuah kilang di Al-Ahsa, Arab Saudi. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Penyertaan wanita Arab Saudi dalam sektor tenaga kerja dilihat semakin meningkat.

Sebuah kilang pembungkusan kurma dekat sini antaranya menjadi ‘saksi kebangkitan wanita’ apabila ‘dikuasai’ golo­ngan tersebut.

Lapor Al Arabiya, kilang itu dikendalikan kira-kira 100 wanita Arab Saudi dari peringkat pengurusan, perakaunan, kawalan kualiti, pembungkusan sehingga kesihatan dan nutrisi.

Malah, salah seorang pekerja, Aqeelah Ali diberi peranan sebagai pemandu forklift yang tugasnya mengagihkan bungkusan buah kurma.

“Pada mulanya saya berasa agak sukar memandu trak besar yang dikatakan sesuai untuk golongan lelaki. Namun saya gembira dapat membuktikan wanita juga mampu meneroka bidang baharu dan berjaya,” katanya.

Dilaporkan Kilang Ibn Zaid menghasilkan dan menjual kurma di wilayah timur al-Ahsa, Arab Saudi.

Berdasarkan anggaran tempatan, kawasan al-Ahsa memiliki hampir dua juta pokok kurma dan menghasilkan lebih 100,000 tan kurma setiap tahun.

Kilang itu sebelum ini dikendalikan pekerja ekspatriat tetapi pemiliknya memutuskan untuk mengambil wanita tempatan bekerja.

Usaha tersebut selaras pe­rintah baharu Arab Saudi yang mahu mengintegrasikan wanita dalam sektor tenaga kerja.

Menurut laporan, pemilik itu kemudian menggantikan pekerja ekspatriat dengan wanita tempatan dan kini kilang itu sudah beroperasi selama lebih setahun.

Sejak kebelakangan ini, Arab Saudi memperkenalkan beberapa pembaharuan meningkatkan penyertaan wanita dalam pembangunan negara.

Pada 2017, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz meng­arahkan wanita dibenarkan memandu kereta, menamatkan tradisi konservatif ke atas golongan tersebut.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman melancarkan pelan reformasi Wawasan 2030 yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi negara termasuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita.

Sejak itu, puluhan wanita Arab Saudi dilantik ke jawatan rasmi negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya