‘Bersedia untuk perang’ – Beijing - Utusan Malaysia

‘Bersedia untuk perang’ – Beijing

KAPAL pengangkut pesawat tempur, USS Theodore Rossevelt berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Guam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menegaskan ‘bersedia untuk berperang’ ketika Amerika Syarikat (AS) bertindak menghantar 11,000 tentera ke Pasifik Barat bagi menjalani latihan ketenteraan secara besar-besaran.

Express melaporkan, tentera AS telah memulakan latihan selama 10 hari di Guam yang dise­but Exercise Valiant Shield melibatkan darat, laut dan udara bagi melatih tentera mempertahankan Pasifik.

AS menghantar kapal perang terbesar dan 100 pesawat ke wilayah dikuasai negara itu di Pasifik Barat.

Namun operasi itu mengundang kemarahan China yang kini mengatakan ‘bersedia untuk berperang’.

AS juga meningkatkan latihan ketenteraannya di wilayah Indo-Pasifik.

Pengarah Operasi Maritim Armada Pasifik AS, Michael Boyle berkata, eksesais tersebut memberi peluang kepada tentera AS meningkatkan ‘kapasiti kesan perang’.

Awal tahun ini, Komandan Ang­katan Udara Pasifik AS, Charles Q. Brown berkata, wilayah Indo-Pasifik adalah ‘keutamaan’ bagi Jabatan Pertahanan AS.

Global Times, portal berita yang disokong Parti Komunis China, mendesak penduduk tempatan bersiap sedia menghadapi perang.

Portal berita itu menegaskan: “China berdepan tuntutan wilayah dengan beberapa negara jiran yang dihasut AS untuk berdepan dengan negara.”

China melakukan latihan ketenteraannya di Laut China Selatan dan sekitar Taiwan selain mengancam meningkatkan operasi menjangkaui Guam.

 

HORMATI UNDANG-UNDANG

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memberi amaran konflik China dan AS adalah ‘ancaman yang benar’.

Beliau mendesak AS dan China menghormati undang-undang antarabangsa.

Kedua-dua negara telah menjalankan latihan ketenteraan di Laut China Selatan, wilayah maritim yang berdepan isu tuntutan bertindih.

Michael Auslin dari Institut Hoover, Universiti Stanford berkata kepada South China Morning Post, pihaknya bimbang AS dan China terjerumus ke kancah konflik.

 

PERLUAS ANGKATAN LAUT

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper meng­umumkan pelan memperluaskan Angkatan Laut Amerika dengan pelbagai kapal, kapal selam dan pesawat tanpa pemandu untuk menghadapi cabaran ma­ritim dari China.

Ketua Pentagon itu berkata, pelan berkenaan termasuk menambah armada laut kepada lebih 355 kapal berbanding 293 ketika ini.

Beliau mengulangi kenyataan China adalah ancaman tertinggi kepada keselamatan AS dan wilayah Indo-Pasifik.

Laporan Pentagon mengenai Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) awal bulan ini me­ngatakan Beijing memiliki armada angkatan laut terbesar di dunia dengan 350 kapal dan kapal selam.

Namun Esper menekankan, tentera laut China kekurangan kekuatan dan kemampuannya. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.