'Awan tsunami' cetus panik - Utusan Malaysia

‘Awan tsunami’ cetus panik

'AWAN tsunami' mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Aceh Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Kondisi cuaca yang mendung hari ini membuatkan penduduk di Aceh Barat ‘ketakutan’ dan panik selepas awan hitam tebal menyerupai gelombang tsunami muncul di langit.

CNN Indonesia melaporkan, fenemona ‘mengerikan’ itu membuat sebahagian penduduk memilih untuk beribadah dan berdoa agar dijauhkan daripada bahaya dan bencana.

“Kemunculannya membuat ramai panik, kerana tiba-tiba awan itu seperti gelombang laut,” kata Ilyas, penduduk Aceh Barat.

Badai awan yang menutupi sebahagian Aceh Barat itu tidak berlangsung lama selepas berlaku hujan dan angin kencang.

“Awan tsunami itu muncul dahulu kemudian hujan. Langit gelap dan tiba-tiba angin kencang bersama hujan. Penduduk memikirkan fenomena itu petanda bala seperti peristiwa tsunami 2004.

“Kebanyakan kami berdoa meminta dijauhkan daripada bencana ketika menyaksikan fenomena itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.