Rabuan dan Zaiton Olahragawan dan Olahragawati 1982 - Utusan Malaysia

Rabuan dan Zaiton Olahragawan dan Olahragawati 1982

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 April 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelari terpantas Asia, Datuk Rabuan Pit telah diisytiharkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1982, manakala Olahragawati Kebangsaan dimenangi oleh atlet olahraga negara, Zaiton Othman dalam satu upacara yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kedua-dua Olahragawan dan Olahragawati Negara itu menerima hadiah dan piala masing-masing yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 3 April 1982 – Sebuah hospital yang terbesar di Selatan Thailand bakal dibina di Nakhon Si Thammarat dengan bantuan kewangan daripada Jepun berjumlah 3,600 juta Yen (RM34 juta).
  • 3 April 1983 – Zuhaida Mohd. Isa berjaya mencipta satu rekod baru Kejohanan Olahraga Angkatan Tentera menerusi acara lompat tinggi dalam Kejohanan Olahraga Mini Olimpik TLDM di Lumut, Perak.
  • 3 April 1984 – Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan mendedahkan satu sindiket mendapatkan ‘wang saguhati‘ daripada kontraktor yang ingin memiliki lesen kelas ‘A’ hingga ‘C’.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN