Gerabak keretapi terputus dan menggelongsor sejauh 24 km di Taiping - Utusan Malaysia

Gerabak keretapi terputus dan menggelongsor sejauh 24 km di Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 April 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 11 buah gerabak keretapi barang telah menggelongsor ke belakang sejauh 24 kilometer dari Bukit Berapit ke Kampung Pinang, Taiping, Perak setelah terputus daripada kepala dan gerabak lain semasa dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, gerabak yang menggelongsor itu telah melanggar empat pagar landasan dan dua buah kereta. Sebuah daripada kereta tersebut iaitu jenis Datsun telah terbakar, namun pemandunya, Yap Thean Poh, 28 tahun sempat menyelamatkan diri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 April 1979 – United Thai Shipping Corporation (UNITHAI) mengumumkan kerjasama dengan Lembaga Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) bagi mengadakan perusahaan pengangkutan di kawasan Asia Tenggara dan Eropah.
  • 30 April 1980 – Kerajaan didesak supaya menyekat segera kegiatan sesetengah golongan bukan bumiputera yang mengahwini gadis-gadis pendalaman kerana sesuatu motif ekonomi.
  • 30 April 1981 – Sebuah akhbar harian berbahasa Tamil yang baru, ‘Tamil Osai‘ bakal dilancarkan pada 1 Mei ini, umum pemiliknya, K. Sivalingam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN