SELSEY: Satu operasi pembersihan besaribesaran sedang dijalankan di selatan England selepas lapan kontena berisi pisang tercampak ke laut dari sebuah kapal kargo, menyebabkan ratusan buah tersebut yang sedang reput terdampar di sepanjang pesisir pantai. Menurut pasukan pengawal pantai United Kingdom (UK), sebanyak 16 kontena hilang ke laut pada Sabtu, termasuk lapan berisi pisang, dua berisi pisang tanduk dan satu kontena avokado. Sejak itu, ratusan sikat pisang yang sepatutnya dihantar ke…










