Kor Kavalri Diraja dilengkapi dengan kereta kebal - Utusan Malaysia

Kor Kavalri Diraja dilengkapi dengan kereta kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Kor Kavalri Diraja (Kor Peninjau) bakal dilengkapkan dengan kereta kebal, demikian pengumuman daripada Menteri Pertahanan, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau memaklumkan, kerajaan akan mengkaji dan membeli kereta kebal yang sesuai digunakan di negara ini dalam usaha melengkapkan Kor Kavalri dengan kereta-kereta kebal bagi memperkemas serta menyusun kor berkenaan supaya lebih kebal, pantas dan handal.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Disember 1976 – Satu ‘pertarungan gila’ antara ahli karate Jepun, Mamoru Yamamoto dengan seekor harimau Benggala dalam sebuah kurungan akan diadakan pada 29 Januari ini di Port Au Prince, Haiti.
  • 23 Disember 1978 – Pengabungan antara Kumpulan Guthrie Ropel Berhad dengan Temiang Sendirian Berhad telah menjadikan jumlah modal terkumpul Guthrie sebanyak RM82.353 juta.
  • 23 Disember 1980 – Seorang lelaki di Batu Kurau, Perak, Zawawi Talib, 34 tahun putus tangan kiri akibat bahan letupan menuba ikan meletup dalam genggamannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN