Tiga beradik mati hangus ketika sedang tidur - Utusan Malaysia

Tiga beradik mati hangus ketika sedang tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 September 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang kanak-kanak yang merupakan adik-beradik mati hangus setelah terperangkap di dalam bilik dalam satu kebakaran mengejut di Syarikat Pembinaan Ansar di Simpang Tiga, Gombak.

Ketiga-tiga adik-beradik itu, Shafie Mukhtar, 9 tahun, Zakaria, 5 dan Mohd. Faizal, 3 tahun sedang tidur di tingkat atas rumah mereka dan secara tiba-tiba serangkai ubat nyamuk yang dipasang dikatakan terjatuh ke atas tilam lalu terbakar pada pukul 8.00 pagi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 September 1979 – Kastam Johor berjaya memusnahkan sebanyak 3,122 pokok ganja bernilai kira-kira RM62,000 yang ditanam di sebuah kawasan di Parit Abdul Rahman, Ulu Benut, Batu Pahat.
  • 9 September 1982 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) merancang mewujudkan perkampungan-perkampungan moden dan selesa bagi menempatkan kakitangannya yang berpendapatan rendah.
  • 9 September 1983 – Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pembekal utama pertukaran gambar dan berita di dunia bermula Januari tahun depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN