Pada 18 September 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan polis memperhebatkan gerakan mencari seorang ibu muda yang dipercayai diculik sejak tiga minggu lalu ketika keluar dari Asrama Jururawat Hospital Besar Kuantan.
Ibu muda yang bertugas sebagai penolong jururawat dan dikenali sebagai Norzalifah Abdul Hamid, 24 tahun dikatakan keluar dari asrama tempat penginapannya dengan berpakaian seragam pada pukul 6.45 pagi, 27 Ogos lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 18 September 1979 – Lima orang anak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ishak Lofti dikenakan ikat jamin serta denda oleh Mahkamah Majistret kerana menceroboh dan melakukan kerosakan di rumah ibu tiri mereka.
- 18 September 1980 – Filem pertama arahan Malek Selamat yang berjudul ‘Toyol’ yang mula ditayangkan baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada penonton di Singapura, Sabah dan Sarawak.
- 18 September 1981 – Kerajaan bakal membina tiga buah kilang batu marmar di Pulau Langkawi bagi meningkatkan lagi taraf perindustrian di pulau berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










